nampak gaya nye main pepatah lagi la kita yea.. :)
siapa yang tahu maksud nye? bole jugak kita share sama-sama.. Sharing is Caring, right?
aku bagi maksud yang aku faham je la yea. nak huraikan panjang-panjang pun, aku bukan nye cikgu Bahasa Melayu.. SPM tu kredit je (perlu ke bagi tahu). haha!
okey, firstly aku nak korang tengok pic kat bawah ni dulu.. dan berkenalan la dengan pic-pic kat bawah ni..
![]() |
Gajah |
![]() |
Kuman |
macam yang kita tahu, gajah ni adalah haiwan yang agak besar. so, sesiapa pun bole nampak ia. kuman pulak adalah mikroorganisma yang sangat kecil dan tak dapat dilihat dengan mata kasar..
begitu la juga sesetengah sifat manusia ni, yang kadang-kadang suka nampak kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri nya yang agak besar tu mahu disorokkan selagi boleh..
kata orang tu salah, orang ni jahat. habis tu diri sendiri, nak nilai macam mana pulak? ada perumpamaan jugak yang mengatakan; jika satu jari kita tudingkan pada orang lain, maka akan ada lagi 4 jari yang dituding semula pada kita.
aku bukan nak mengumpat, tapi ni untuk menjadi contoh pada orang lain jugak.
ada la seorang kawan aku ni, perangai dia macam tu.. kalau bercakap dengan dia, memang tak nak langsung kalah. kalau agak-agak dia nak kalah, dia tetap juga cuba menegakkan benang yang basah.. kalau jumpa orang tu, suka tunjuk yang dia ni yang paling pandai diantara orang lain. pendapat orang lain, dia patahkan mentah-mentah je.. lepas tu, kalau dia buat kesalahan, dia tak akan mengaku hal itu. dia akan cuba tudingkan jari pada pihak lain walaupun pihak tu takde kena mengena langsung dengan dia..
selagi boleh dia akan tunjukkan yang dia tak bersalah dengan mencari kesalahan orang lain.. sampai bila nak macam ni?
aku percaya, tak semua orang suka dengan perangai macam ni kan? kalau bole avoid, dah lama avoid da.. aku sendiri pun da stop bercampur dengan dia. aku tak nak orang lain beranggapan yang aku ni menyusahkan hidup dia walaupun sebaliknye yang berlaku..
so, post kali ni pun ada kaitan jugak la dengan post pasal kawan yang aku buat tu. cari la kawan yang betul-betul nak berkawan dengan kita. bukan kawan yang cuba nak menjahanamkan kita..
renung-renungkan yea.. :)
No comments:
Post a Comment