Monday, 26 March 2012

Penting nya hidup berkawan


KAWAN

dalam dunia ni siapa yang takde kawan? mustahil la kan.. kawan ni antara seorang yang amat penting dalam hidup kita. kadang-kadang bila kita ade masaalah dan tak tau mane tempat nak berkongsi selain keluarga, kawan la orang nye..
bak kata pepatah ; berkawan biar beribu. tapi dalam memilih kawan tu, kita kena la juga berhati-hati.. sebab tak semua dari mereka ni nak berkawan dengan kita dengan niat yang ikhlas!
ada yang sanggup bersusah senang dengan kita dan ada juga yang lari bila kita ditimpa sesebuah musibah.. macam yang aku selalu cakap ; bila masa senang, ramai kawan keliling pinggang. bila masa susah, semua kawan lari lintang pukang.. tapi sebenarnya tak semua macam tu. ada juga kawan yang kita anggap da jadi sebahagian dari ahli keluarga kita dan ini digelar, sahabat..

kat bawah ni ada antara ciri-ciri kawan yang baik. check it out ! ;D


1. Pendengar yang baik.
Kawan yang baik merupakan seorang pendengar yang baik. Korang boleh cerita apa je kat kawan baik ni tanpa rasa segan silu. Korang takkan takot kena bahan dengan kawan baik korang ni walaupun korang hanya menceritakan kerisauan korang tentang spender korang yang dah koyak. Ini menunjukkan mereka adalah kawan baik korang.



2. Boleh teman korang pegi kencing malam-malam.
Kawan yang baik akan sentiasa bersama korang tak kira susah atau senang. Waktu susah yang paling senang nak nampak ialah teman pergi kencing masa malam. Kalau bukan kawan yang baik amatlah mustahil untuk dia korbankan tidur malam dia semata-mata untuk teman korang pegi kencing. Sesungguhnya walaupun seminit waktu tidur sangat berharga tau.

http://fc00.deviantart.net/fs7/i/2005/235/a/1/Kami_Kencing_Bersama_by_shazzo.jpg


3. Kentut tanpa di marahi.
Kawan yang baik tak kisah apa yang kawan baik dia buat walaupun kentut masa tengah lepak sama-sama. Korang boleh kentut sama ada bunyi kuat, bau busuk, ataupun apa sahaja jenis kentut tanpa dimarahi oleh kawan baik tu. Dia cuma sepak korang sekali je takpun mencarut sikit je lepas korang kentut (ini tak dikira marah). Kalau diorang marah diorang akan kutuk-kutuk korang dan mengancam taknak berkawan( ini belum capai tahap kawan baik lagi).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb7KKpeT6HgdDu_ebYJuDqWejvYwZtWVbuwJiinR3whcBRhc-iVspmT9A-rZiynxmJEXzusWOoWN13JUpy5id4ibrVGKUi5E5KRyUG_gcwwhFMlbjcIQK_1E5cazfPBpb5kjXkKknQMiA/s1600/kentut.jpg



4. Sentiasa melakukan aktiviti bersama.
Kawan yang baik sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama walaupun aktiviti yang korang lakukan tu tak berilmiah langsung. Kalau korang cuma lepak kat kedai makan sambil minum segelas air kosong dan lepak berjam-jam kawan yang baik tetap setia bersama korang.


tapi korang semua kena hati-hati tau, takut dapat kawan yang macam ni.. :(

 1.mementingkan diri sendiri yang memberi maksud dia terlalu banyak meminta minta dan sedikit memberi.mementingkan diri sendiri dan kedekut dalam setiap perkara.keutamaannya ialah nafsu diri sendiri kerana tamak pada kemewahan dan harta dunia.


2.kaki pengampu yang memberi maksud setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju,tidak kira samaada perkara itu betul ataupun salah.apabila berhadapan ,dia akan memuji muji kita namun dibelakang kita,dia merendahkan rendahkan atau mengutuk kita dan mungkin mengkhianati kita.

 

3.pemboros dan suka hiburan yang membawa maksud apabila seronoknya datang,dia menjadi kawan yang setia.dia senang menjadi sahabat jika kita suka berfoya foya,berkeliaran dan melepak pada bila bila masa serta suka ketempat tempat hiburan dan meminati hiburan yang melalaikan.




4.membuat kan kita semakin jauh daripada allah yang memberi maksud mengajak supaya meninggalkan solat contohnya ataupun mengajak kita kearah maksiat dan sebagainya.



5.suka berbantah bantah ,jenis orang yang suka bertikam lidah dan ia merasakan satu kemenangan dalam berhujah dan langsung tidak mahu mengalah untuk menerima pandangan orang lain.






No comments:

Post a Comment